Anugerah Akademi ke-84
| Anugerah Akademi ke-84 | ||||
|---|---|---|---|---|
| Tarikh | Februari 26, 2012 | |||
| Tempat | Teater Pusat Hollywood dan Highland Hollywood, Los Angeles, California, U.S. | |||
| Rangkaian | ABC | |||
| Pramajlis | Jess Cagle Nina Garcia Tim Gunn Robin Roberts Louise Roe | |||
| Pengacara | Billy Crystal | |||
| Penerbit | Brian Grazer Don Mischer | |||
| Pengarah | Don Mischer | |||
| Tempoh | 3 jam, 13 minit | |||
| Filem Terbaik | The Artist | |||
| Anugerah terbanyak | The Artist dan Hugo (5) | |||
| Pencalonan terbanyak | Hugo (11) | |||
| ||||
Majlis Anugerah Akademi ke-84 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2011 dan berlangung pada Februari 26, 2012 di Teater Pusat Hollywood dan Highland, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Brian Grazer dan Don Mischer dan diarahkan oleh Don Mischer. Billy Crystal mengacarakan majlis ini buat kali kesembilan. Beliau pertama kali mengacara semasa Anugerah Akademi ke-62 pada tahun 1990 dan kali terakhir mengacara semasa Anugerah Akademi ke-76 pada tahun 2004.
Pada Jun 14, 2011, presiden Akademi Tom Sherak mengumumkan bahawa dalam usaha untuk memulihkan semula minat terhadap anugerah itu, majlis 2012 akan menampilkan diantara lima dan sepuluh calon Filem Terbaik bergantung kepada keputusan undi. Dalam acara-acara berkaitan, Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-3 di Grand Ballroom Pusat Hollywood dan Highland pada November 12, 2011. Pada Februari 11, 2012, dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire, Beverly Hills, California, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Milla Jovovich.
The Artist memenangi lima anugerah termasuk Pelakon Lelaki Terbaik untuk Jean Dujardin, Pengarah Terbaik untuk Michel Hazanavicius dan Filem Terbaik. Pemenang-pemenang yang lain termasuk Hugo juga dengan lima anugerah, The Iron Lady dengan dua anugerah dan Beginners, The Descendants, The Fantastic Flying Books of Mr. Morris Lessmore, The Girl with the Dragon Tattoo, The Help, Midnight in Paris, The Muppets, Rango, Saving Face, A Separation, The Shore dan Undefeated dengan satu anugerah.