The Muppets (filem)

The Muppets
PengarahJames Bobin
PenulisJason Segel
Nicholas Stoller
Dihasilkan olehDavid Hoberman
Todd Lieberman
DibintangiJason Segel
Amy Adams
Chris Cooper
Rashida Jones
SinematografiDon Burgess
Disunting olehJames Thomas
Alan Baumgarten
Muzik olehChristophe Beck
Syarikat
penerbitan
Walt Disney Pictures
Mandeville Films
Diedarkan olehWalt Disney Studios
Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 4 November 2011 (2011-11-04) (Festival Filem Savannah)
  • 23 November 2011 (2011-11-23) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
103 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$45 juta
Pecah panggung$165.2 juta

The Muppets ialah filem muzikal komedi Amerika Syarikat 2011 dan filem teater ketujuh memaparkan the Muppets. Filem ini diarahkan oleh James Bobin, ditulis oleh Jason Segel dan Nicholas Stoller, dihasilkan oleh David Hoberman dan Todd Lieberman, dan dibintangi Jason Segel, Amy Adams, Chris Cooper dan Rashida Jones, serta pelakon Muppet Steve Whitmire, Eric Jacobson, Dave Goelz, Bill Barretta, David Rudman, Matt Vogel dan Peter Linz. Skor filem ini digubah oleh Christophe Beck manakala ahli Flight of the Conchords, Bret McKenzie berkhidmat sebagai penyelia muzik, menulis empat daripada lima lagu-lagu asal filem ini. Dalam The Muppets, peminat setia Walter, abangnya Gary dan teman wanita Gary, Mary, membantu Kermit the Frog menyatukan kembali the Muppets dan mereka perlu mengumpulkan $10 juta untuk menyelamatkan Muppet Theater dari Tex Richman, seorang ahli perniagaan yang merancang untuk merobohkan studio itu untuk menggerudi minyak.

Walt Disney Pictures pada asalnya mengumumkan pembangunan filem ini pada bulan Mac 2008, dengan Segel dan Stoller menulis lakon layar dan Mandeville Films menghasilkan bersama filem ini. Bobin dilantik untuk mengarah pada bulan Januari 2010 dan barisan pelakon sokongan filem ini telah diisi pada bulan Oktober tahun yang sama, dengan pemilihan Adams, Cooper dan Jones. Pengambaran bermula pada bulan September 2010 dan telah diselesaikan secara sepenuhnya di Los Angeles, California. Filem ini adalah pengeluaran teater Muppet pertama tanpa penglibatan daripada pelakon Muppet veteran Frank Oz dan Jerry Nelson, tetapi Nelson membuat penampilan vokal kameo yang tidak dikredit. Sebaliknya, watak-watak mereka telah dipersembahkan oleh Jacobson dan Vogel.

The Muppets dibuka di Festival Filem Savannah 2011 dan ditayangkan di Amerika Utara pada November 23, 2011. Filem ini mencapai kejayaan kritikal dan komersial; mengutip $165 juta di seluruh dunia berbanding bajet $45 juta. Filem ini memenangi Anugerah Akademi untuk Lagu Asal Terbaik serta mendapat pencalonan BAFTA, Anugerah Grammy dan Critic's Choice Awards. Sebuah sekuel, Muppets Most Wanted ditayangkan pada Mac 21, 2014.