Anugerah Akademi ke-70

Anugerah Akademi ke-70
Tarikh Mac 23, 1998
Tempat Auditorium Shrine
Los Angeles, California, A.S.
Rangkaian ABC
Pengacara Billy Crystal
Penerbit Gil Cates
Pengarah Louis J. Horvitz
Tempoh 3 jam, 47 minit
Filem Terbaik Titanic
Anugerah terbanyak Titanic (11)
Pencalonan terbanyak Titanic (14)
 < ke-69 Anugerah Akademi ke-71 > 

Majlis Anugerah Akademi ke-70 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 1997 dan berlangsung pada Mac 23, 1998 di Auditorium Shrine, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Gil Cates dan diarahkan oleh Louis J. Horvitz. Billy Crystal mengacarakan majlis ini buat kali keenam. Beliau pertama kali mengacara semasa Anugerah Akademi ke-62 pada tahun 1990 dan kali terakhir semasa Anugerah Akademi ke-69 pada tahun 1997. Dalam sebuah majlis di Hotel Regent Beverly Wilshire, Beverly Hills, California pada Februari 28, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Ashley Judd.

Titanic memenangi sebelas anugerah termasuk Pengarah Terbaik untuk James Cameron dan Filem Terbaik. Pemenang-pemenang yang lain termasuk As Good as It Gets, Good Will Hunting dan L.A. Confidential dengan dua anugerah dan The Full Monty, Geri's Game, Karakter, The Long Way Home, Visas and Virtue, Men in Black dan A Story of Healing dengan satu anugerah.