Anugerah Akademi ke-69
| Anugerah Akademi ke-69 | ||||
|---|---|---|---|---|
| Tarikh | Mac 24, 1997 | |||
| Tempat | Auditorium Shrine Los Angeles, California, A.S. | |||
| Rangkaian | ABC | |||
| Pengacara | Billy Crystal | |||
| Penerbit | Gil Cates | |||
| Pengarah | Louis J. Horvitz | |||
| Tempoh | 3 jam, 35 minit | |||
| Filem Terbaik | The English Patient | |||
| Anugerah terbanyak | The English Patient (9) | |||
| Pencalonan terbanyak | The English Patient (12) | |||
| ||||
Majlis Anugerah Akademi ke-69 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 1996 dan berlangsung pada Mac 24, 1997 di Auditorium Shrine, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Gil Cates dan diarahkan oleh Louis J. Horvitz. Billy Crystal mengacarakan majlis ini buat kali kelima. Beliau pertama kali mengacara semasa Anugerah Akademi ke-62 pada tahun 1990 dan kali terakhir semasa Anugerah Akademi ke-65 pada tahun 1993. Dalam sebuah majlis di Hotel Regent Beverly Wilshire, Beverly Hills, California pada Mac 1, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Helen Hunt.
The English Patient memenangi sembilan anugerah termasuk Filem Terbaik. Pemenang-pemenang yang lain termasuk Fargo dengan dua anugerah dan Breathing Lessons: The Life and Work of Mark O'Brien, Dear Diary, Emma, Evita, The Ghost and the Darkness, Independence Day, Jerry Maguire, Kolya, The Nutty Professor, Quest, Shine, Sling Blade dan When We Were Kings dengan satu anugerah.