Fargo (filem)
| Fargo | |
|---|---|
| Pengarah | Joel Coen |
| Penulis |
|
| Dihasilkan oleh | Ethan Coen |
| Dibintangi | Frances McDormand William H. Macy Steve Buscemi Harve Presnell Peter Stormare |
| Sinematografi | Roger Deakins |
| Disunting oleh | Roderick Jaynes |
| Muzik oleh | Carter Burwell |
Syarikat penerbitan | PolyGram Filmed Entertainment Working Title Films |
| Diedarkan oleh | Gramercy Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 98 minit |
| Negara |
|
| Bahasa | English |
| Bajet | $7 juta |
| Pecah panggung | $60.6 juta |
Fargo ialah sebuah filem jenayah komedi Amerika Syarikat 1996 ditulis, diterbit, disunting dan diarahkan oleh Coen bersaudara. Ia dibintangi Frances McDormand sebagai seorang ketua polis Minnesota yang mengandung menyiasat kes pembunuhan di tepi jalan yang berlaku selepas seorang jurujual kereta (William H. Macy) mengupah dua penjenayah (Steve Buscemi dan Peter Stormare) untuk menculik isterinya dan meminta wang tebusan daripada bapa mertuanya yang kaya (Harve Presnell).
Fargo dibuka di Festival Filem Cannes 1996 dimana Joel Coen memenangi won the festival's Prix de la mise en scène (Anugerah Pengarah Terbaik) dan filem ini dicalonkan untuk Palme d'Or. Fargo menerima tujuh pencalonan di Anugerah Akademi ke-69 termasuk untuk Filem Terbaik dan memenangi dua anugerah: McDormand memenangi Pelakon Wanita Terbaik dan Coen bersaudara memenangi Lakon Layar Asal Terbaik.
Pada tahun 2006, filem ini dianggap sebagai "budaya, sejarah atau estetika yang penting" oleh Perpustakaan Kongres dan dimasukkan ke dalam Daftar Filem Kebangsaan Amerika Syarikat untuk pemeliharaan. Institut Filem Amerika menamakan ia sebagai salah satu daripada 100 filem Amerika terbaik sepanjang zaman pada tahun 1998.
Filem ini telah disusuli dengan siri televisyen FX dicipta dan ditulis oleh Noah Hawley manakala Coen bersaudara berperanan sebagai penerbit eksekutif.