Anugerah ialah album studio kedua oleh kumpulan remaja Exist yang dikeluarkan pada tahun 1993. Album ini diterbitkan oleh komposer Mat Penang. Dalam album ini, Exist hanya tinggal 5 orang anggota setelah salah seorang gitarisnya, Shah menarik diri sebelum proses rakaman album ini dijalankan. Lagu hit daripada album ini ialah Anugerah, Janji Padamu dan Nota Di Lautan Sepi. Seperti album Exist, album ini turut diterbitkan oleh Jojo's Production dan diedarkan oleh BMG Music. Album ini terjual melebihi 100,000 unit.