Diammu Gunung Berapi
| Diammu Gunung Berapi | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 27 November 1995 | |||
| Genre | Hard rock, Pop rock | |||
| Panjang | 60:11 | |||
| Syarikat | BMG Music | |||
| Penerbit | Along, Ajai, Musa, Ujang | |||
| Kronologi Exist | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Diammu Gunung Berapi merupakan album studio ketiga kumpulan Exist dan dikeluarkan pada tahun 1995. Album ini juga merupakan album pertama Exist yang bernaung di bawah syarikat rakaman BMG Music, setahun selepas meninggalkan Jojo's Production. Exist juga memperkenalkan vokalis baharu yang berasal dari Kedah iaitu Ezad yang berusia 16 tahun pada ketika itu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mamat. Album ini telah terjual melebihi 25,000 unit di Malaysia.
Pada masa yang sama, Exist telah melebarkan sayap ke Indonesia dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di sana. Album ini menjadi album pertama Exist yang dibuat bungkusan semula dengan judul Mencari Alasan diedarkan pada 3 Mei 1997 dan album bungkusan itu telah terjual melebihi 500,000 unit di Indonesia.