Anjing Rottweil

Anjing Rottweil
Nama lainRottweiler
Nama ringkas
  • Rott
  • Rottie
Negara asalJerman
Trait
Berat Jantan 50–60 kg (110–132 lb)
Betina 35–48 kg (77–106 lb)
Tinggi Jantan 61–69 cm (24–27 in)
Betina 56–63 cm (22–25 in)
Bulu Lapis bulu ganda, pendek, keras, dan tebal
Warna Hitam dan sawo matang, karat, dan mahogani
Saiz perinduk 6–12 ekor anak anjing
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Rottweil atau rottweiler ialah satu baka anjing bela jinak jenis mastif yang dianggap sebagai baka sederhana hingga besar atau besar. Anjing ini dahulunya dikenali dalam bahasa Jerman sebagai Rottweiler Metzgerhund ("anjing penjual daging Rottweil"), oleh sebab kegunaan utamanya untuk menggembala haiwan ternakan dan menarik kereta roda yang sarat dengan daging sembelihan ke pasar. Hal ini berterusan sehingga pertengahan abad ke-19 apabila kereta api menggantikan penggiringan. Walaupun masih digunakan untuk menggembala haiwan ternakan di banyak tempat di dunia, anjing Rottweil kini juga digunakan sebagai anjing pencarian dan penyelamatan, anjing pengawal, dan anjing polis.