Anjing Pomerania

Anjing Pomerania
Nama lainPomerania
Pomeranian
Spits kerdil
Spits kerdil Jerman
Spits mainan
Spits mainan Jerman
Nama ringkasPom
Pom Dog
Pom-Pom
Zwers
Negara asalJerman dan Poland
Trait
Berat 3–7 paun (1.4–3.2 kg)
Tinggi 7–12 inci (18–30 cm)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Pomerania, pomerania, atau pomeranian ialah satu baka anjing daripada jenis spits yang dinamai sempena rantau Pomerania di Poland barat laut dan di Jerman timur laut di Eropah Tengah. Sebagai baka yang dikelaskan sebagai baka anjing mainan oleh sebab saiz kecilnya, anjing Pomerania diturunkan daripada anjing jenis spits lebih besar, khususnya spits Jerman.

Baka ini telah dipopularkan oleh sebilangan pemilik diraja sejak abad ke-18. Ratu Victoria memiliki seekor anjing Pomerania yang khususnya kecil dan hasilnya, keragaman lebih kecil menjadi popular secara keseluruhan. Semasa hayat Victoria sahaja, saiz baka ini menurun sebanyak 50%. Setakat tahun 2017, dalam sebutan angka pendaftaran, sekurang-kurangnya sejak tahun 1998, baka ini telah ditempatkan sesama lima puluh baka paling popular di Amerika Syarikat, dan fesyen semasa untuk anjing kecil telah meningkatkan kepopularannya di seluruh dunia.