Spits
Spits (nama diterbitkan daripada perkataan bahasa Jerman spitz, yang memaksudkan "runcing", yang merujuk muncung runcing) ialah sejenis anjing bela jinak yang terdiri daripada antara 50 dengan 70 baka bergantung pada pengelasan. Tiada takrifan tepat bagi "spits" tetapi biasanya kebanyakan baka spits mempunyai telinga mencucuk, mata berbentuk badam, muncung runcing, lapis bulu ganda, dan ekor yang melengkung ke atas belakang.
Kebanyakan spits yang terlihat kini berasal dari rantau Artik atau dari Siberia. Johann Friedrich Gmelin menerangkan jenis ini sebagai Canis pomeranus dalam semakan tahun 1788 beliau bagi Systema Naturae.