Anjing Kees
Ciri-ciri pembeza pada anjing Kees termasuklah surai mirip singa, bulatan mata, telinga segi tiga kecil dan gelap, kontras jelas, dan lapis bulu ganda tebal. | |||||||||||||||||||||||
| Nama lain | Keeshond Anjing tongkang Belanda Spits serigala Spits serigala Jerman | ||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nama ringkas | Kees Smiling Dutchman | ||||||||||||||||||||||
| Negara asal | Belanda | ||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||||||||||
Anjing Kees atau keeshond ialah satu baka anjing bersaiz sederhana lapis bulu ganda plusy yang terdiri daripada bulu perak dan hitam dengan lingkaran bulu dan ekor melingkar. Kerabat terdekatnya merupakan keragaman-keragaman spits Jerman, iaitu spits besar (spits gergasi), spits sederhana, spits kecil (spits katik), dan spits kerdil (spits mainan) atau anjing Pomerania.
Keeshond sebelumnya dikenali sebagai anjing tongkang Belanda kerana ia kerap terlihat di atas tongkang yang menyusuri terusan dan sungai di Belanda. Keeshond merupakan lambang puak Patriot di Belanda semasa pergolakan politik pada tahun-tahun sejurus sebelum Revolusi Perancis.
Pada lewat abad ke-19, baka ini dikembangkan di England daripada import yang diperoleh di Belanda dan di Jerman. Pada tahun 1930, keeshond pertama kali didaftarkan dengan American Kennel Club.