Angkatan Pertahanan Diri Jepun


Angkatan Pertahanan Diri Jepun
日本国自衛隊

Bendera Angkatan Pertahanan Diri Jepun
Diasaskan 1 Julai 1954 (1954-07-01)
Cabang khidmat
Ibu pejabat Kementerian Pertahanan, Tokyo, Jepun
Kepimpinan
Panglima tertinggi Perdana Menteri Shigeru Ishiba
Menteri Pertahanan Gen Nakatani
Usia masuk tentera 18-32 tahun layak untuk kemasukan
Pengerahan Tiada
Kakitangan aktif 251,500
Kakitangan simpanan 56,000
Perbelanjaan
Bajet ¥6.82 trilion (AS$51.4 bilion) (2023)
Peratusan KDNK 1.19% (2023)
Industri
Pembekal domestik * Mitsubishi Heavy Industries
Pembekal luar *  Australia
Import tahunan US$5.68 bilion (2010–2021)
Eksport tahunan US$6 juta (2010–2021)
Rencana berkaitan
Sejarah Sejarah tentera Jepun
Senarai perang melibatkan Jepun
Pangkat Pangkat dan lencana tentera Jepun


Angkatan Pertahanan Diri Jepun (自衛隊, Jieitai), JSDF, juga dirujuk sebagai Angkatan Pertahanan Diri (SDF), Angkatan Pertahanan Jepun (JDF), atau angkatan tentera Jepun, adalah angkatan tentera bersepadu Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1954, dan dikawal selia oleh Kementerian Pertahanan. JSDF disenaraikan sebagai angkatan tentera keempat paling kuat di dunia bagi keupayaan konvensional dalam laporan Credit Suisse pada tahun 2015 dan ia mempunyai belanjawan tentera kelapan terbesar dunia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mereka telah terlibat dalam operasi pengaman antarabangsa termasuklah Pasukan Pengaman PBB.

Ketegangan, terutamanya dengan Korea Utara, telah mencetuskan perdebatan status JSDF dan hubungannya dengan masyarakat Jepun. Garis panduan tentera pada Disember 2010 telah memfokuskan semula JSDF daripada bekas Soviet Union (sekarang Rusia) memberi tumpuan kepada China, terutamanya mengenai wilayah rebutan Kepulauan Senkaku. Kerjasama telah meningkat antara Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Korea Selatan dan Australia.