Amar Baharin

Amar Baharin
امار بحرن
Amar di majlis hari lahir Amyra Rosli pada 24 Ogos 2016.
Kelahiran
Amar bin Mohd Baharin

(1985-07-01) 1 Julai 1985
PendidikanKejuruteraan Elektrik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif
  • 2002–2004
  • 2008–kini
Ketinggian1.71 m (5 ka 7 in)
PasanganAmyra Rosli (k. 2016)
Anak-anak2

Amar bin Mohd Baharin (Jawi: امار بن محمد بحرن; lahir 1 Julai 1985) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seninya sebagai model sambilan dan menyertai program pencarian bakat Anak Wayang pada April 2009. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Tajul Razin dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Antara drama terkenal beliau ialah Janji Kekasih, Khurafat The Series, Cik Bunga Encik Sombong, Tersuka Tanpa Sengaja, Kalis Kasih Cemburu Seorang Perempuan dan Hati Yang Dikhianati. Sepanjang kerjaya lakonannya, Amar dikenali dengan melakonkan watak lelaki romantis dan suami orang dalam kebanyakan drama lakonan beliau meskipun tidak memenangi sebarang anugerah untuk hasil kerja lakonannya.