Hulu Langat
Hulu Langat
Ulu Langek | |
|---|---|
| Daerah Hulu Langat | |
| Transkripsi lain | |
| • Jawi | دايره هولو لاڠت |
| • Cina | 乌鲁冷岳县 |
| • Tamil | உலு லங்காட் |
Lokasi Hulu Langat di Selangor | |
Hulu Langat Lokasi Hulu Langat di Malaysia Hulu Langat Hulu Langat (Asia Tenggara) Hulu Langat Hulu Langat (Asia) | |
| Koordinat: 3°05′N 101°50′E / 3.083°N 101.833°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Selangor |
| Pusat | Bandar Baru Bangi |
| Kerajaan kawasan tempatan | Majlis Perbandaran Kajang (Selatan) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Utara) |
| Pentadbiran | |
| • Pegawai daerah | Ani Ahmad |
| • Orang Besar Daerah | Abdul Jalil Abdul Rani |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 829.44 km2 (320.25 batu persegi) |
| Penduduk (2020) | |
| • Jumlah | 1,400,461 |
| • Kepadatan | 1,700/km2 (4,400/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| • Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak diamalkan) |
| Poskod | 43xxx, 55xxx, 56xxx, 68xxx |
| Kod panggilan | +6-03-4, +6-03-8, +6-03-9 |
| Nombor plat kenderaan | B |
Daerah Hulu Langat merupakan salah satu daripada sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor, Malaysia. Ia berkeluasan 829 kilometer persegi dan merupakan daerah kelima terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini juga merupakan daerah ketiga paling ramai penduduk di Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 1,400,461 orang pada tahun 2020. Daerah ini terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan bersempadan dengan :-
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Daerah Gombak di sebelah barat laut;
- Daerah Petaling di sebelah barat;
- Daerah Sepang di sebelah barat daya;
- Negeri Pahang di sebelah timur laut;
- Negeri Sembilan di sebelah selatan dan timur.