Alita: Battle Angel

Alita: Battle Angel
PengarahRobert Rodriguez
Lakon layar
  • James Cameron
  • Laeta Kalogridis
BerdasarkanGunnm oleh
Yukito Kishiro
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiBill Pope
Disunting olehStephen E. Rivkin
Muzik olehTom Holkenborg
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh20th Century Fox
Tarikh tayangan
  • 31 Januari 2019 (2019-01-31) (Leicester Square Theatre)
  • 14 Februari 2019 (2019-02-14) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
122 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$150–200 juta
Pecah panggung$405 juta

Alita: Battle Angel merupakan sebuah filem aksi siberpunk berdasarkan siri manga oleh Yukito Kishiro berjudul Gunnm, juga dikenali sebagai Battle Angel Alita. Ia diarahkan oleh Robert Rodriguez, ditulis oleh James Cameron dan Laeta Kalogridis, dan diterbitkan oleh James Cameron dan Jon Landau. Rosa Salazar memainkan watak Alita, seorang siborg (robot manusia), bersama watak-watak lain dilakonkan oleh Christoph Waltz, Jennifer Connelly, Mahershala Ali, Ed Skrein, Jackie Earle Haley dan Keean Johnson.

Pada asalnya ia diumumkan pada tahun 2003, tetapi penghasilan dan tayangan filem berkali-kali ditangguh kerana Cameron harus mengusahakan Avatar dan filem-filem susulannya. Selepas bertahun-tahun tersekat dalam lohong perkembangan, Robert Rodriguez diumum akan menjadi pengarah filem itu pada April 2016, manakala Rosa Salazar dipilih sebagai pelakon utama pada bulan seterusnya. Pengambilan gambar utama berlangsung di Austin, Texas, pada Oktober 2016, hingga ke Februari 2017.

Alita: Battle Angel ditayang perdana di Odeon Dataran Leicester pada 31 Januari 2019, dan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 14 Februari 2019 oleh 20th Century Fox dengan tayangan dalam Real D 3D, Dolby Cinema dan IMAX 3D. Filem ini mendapat kritikan yang berbeza-beza, ada yang memuji kesan visual yang hebat, gelagat aksi dan lakonan Rosa Salazar, sehingga ada yang menyanjung ia antara adaptasi-adaptasi manga yang terhebat, manakala ada yang mengkritik lakon layarnya yang mengelirukan dan tanda-tanda yang filem susulan akan dihasilkan.