Rosa Salazar
Rosa Salazar | |
|---|---|
Salazar pada Januari 2016 | |
| Kelahiran | Rosa Bianca Salazar 16 Julai 1985 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2010–kini |
Rosa Bianca Salazar (/ˈsæləzɑːr/; lahir 16 Julai 1985) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan perannya dalam siri NBC Parenthood dan siri antologi FX American Horror Story: Murder House . Beliau pernah berlakon dalam The Divergent Series: Insurgent, Maze Runner: The Scorch Trials dan Maze Runner: The Death Cure dan juga muncul di film Netflix The Kindergarten Teacher dan Bird Box. Beliau melakonkan watak tajuk dalam filem Alita: Battle Angel.