Jennifer Connelly

Jennifer Connelly
Connelly pada tahun 2019
Kelahiran
Jennifer Lynn Connelly

(1970-12-12) 12 Disember 1970
Cairo, New York, A.S.
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1981–kini
PasanganPaul Bettany (k. 2003)
Anak-anak3

Jennifer Lynn Connelly (lahir Disember 12, 1970) ialah seorang pelakon Amerika Syarikat yang memulakan kariernya sebagai model kanak-kanak. Beliau muncul dalam iklan majalah, surat khabar dan televisyen sebelum membuat peranan lakonan pertamanya dalam filem jenayah 1984, Once Upon a Time in America. Connelly terus menjadi model dan berlakon, membintangi filem-filem seperti Labyrinth, Career Opportunities dan The Rocketeer. Beliau mendapat pujian meluas untuk peranannya dalam filem sains fiksyen 1998, Dark City dan filem 2000, Requiem for a Dream.

Pada tahun 2002, Connelly memenangi Anugerah Akademi, Anugerah Golden Globe dan Anugerah BAFTA untuk perananya sebagai Alicia Nash dalam filem 2001, A Beautiful Mind. Filem-filem seterusnya termasuk Hulk, Dark Water, Blood Diamond, The Day the Earth Stood Still, He's Just Not That into You dan Creation.