Alisson

Alisson
Alisson bersama Brazil pada tahun 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Alisson Ramses Becker
Tarikh lahir (1992-10-02) 2 Oktober 1992
Tempat lahir Novo Hamburgo, Brazil
Ketinggian 1.93 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Liverpool
Nombor 1
Kerjaya remaja
2002–2012 Internacional
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2016 Internacional 44 (0)
2016–2018 Roma 37 (0)
2018– Liverpool 179 (1)
Pasukan kebangsaan
2009 Brazil B17 3 (0)
2013 Brazil B21 5 (0)
2015– Brazil 61 (0)
Pengalaman
Mewakili  Brazil
Pingat kebangsaan
Copa América 2019 Brazil
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 Disember 2022

Alisson Ramses Becker (lahir 2 Oktober 1992), atau lebih dikenali sebagai Alisson merupakan seorang pemain bola sepak professional dari Brazil yang bermain sebagai penjaga gol untuk pasukan Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil. Beliau merupakan salah seorang penjaga gol terbaik di dunia dan telah memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik FIFA pada tahun 2019.

Alisson telah memulakan kariernya di Internacional, di mana beliau telah melakukan penampilan sebanyak lebih 100 kali penampilan dan berjaya memenangi kejohanan Campeonato Gaúcho dalam setiap empat musim di kelabnya. Pada tahun 2016, beliau telah melengkapkan perpindahannya ke AS Roma sebanyak 7.5 di mana beliau menjadi penjaga gol sandaran kepada Wojciech Szczęsny sebelum mendapat kesebelasan utama di kelabnya. Pada Julai 2018, Alisson menyertai Liverpool FC dengan harga perpindahannya sebanyak €62.5 juta (£56juta) yang membolehkan harganya semakin meningkat kepada €72 juta (£66.8 juta) dan pernah tersenarai sebagai penjaga gol termahal di dunia pada ketika itu. Pada musim pertamanya bersama kelab, beliau berjaya menerima Sarung Tangan Emas Liga Perdana Inggeris kerana berjaya mendapatkan lembaran bersih (clean sheets) sebanyak 21 penampilan dalam liga dan mendapatkan lembaran bersih lainnya setelah Liverpool berjaya menjuarai Perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2019.

Alisson telah menjadi kesebelesan utama dalam pasukan Brazil pada peringkat bawah umur sebelum berjaya melakukan penampilan pertamanya dalam peringkat senior pada tahun 2015 di mana beliau bermain untuk pasukan negaranya dalam Copa América Centenario pada tahun 2016, Piala Dunia FIFA 2018 dan berjaya menjuarai dalam kejohanan Copa América 2019 serta dinamakan sebagai penjaga gol paling terbaik di dunia.