Albus Dumbledore

Watak Harry Potter
Albus Percival Wulfric Brian Dumbledore
Jantina Lelaki
Warna rambut Keperakan
Warna mata Biru
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Keturunan separuh Sihir
Patronus Phoenix
Sekutu Kumpulan Phoenix
Dilakonkan oleh Michael Gambon & mendiang Richard Harris
Kemunculan pertama Harry Potter dengan Batu Hikmat

Albus Percival Wulfric Brian Dumbledore (Tulisan Jawi: البوس ڤرسيۏال وولفريك براين دمبلدور; lahir 1881 - mati Jun 1996) merupakan salah satu watak di dalam novel bersiri Harry Potter yang ditulis oleh J. K. Rowling yang memegang jawatan Pengetua Sekolah Sihir Hogwarts. Beliau adalah seorang ahli sihir yang bijaksana dan paling dihormati di dunia Sihir. Beliau berperanan sebagai pembimbing atau mentor kepada watak utama dalam siri itu, iaitu Harry Potter seperti mana konsep perwatakan Merlin atau Gandalf. Beliau selalu mengambil berat terhadap Harry Potter dan memberikan dorongan kepada Harry lebih dari yang lain. Hal ini berlaku kerana kepercayaan beliau yang Harry adalah satu-satunya orang yang diharapkan untuk menghapuskan Lord Voldemort, walaupun beliaulah satu-satunya yang ditakuti ahli sihir jahat itu. Beliau juga merupakan pengasas dan ketua Kumpulan Phoenix yang ditubuhkan bagi menentang Lord Voldemort dan konco-konconya.

Perkataan "Albus" berasal dari bahasa Latin yang bermaksud putih yang lazimnya melambangkan kebaikan. "Dumbledore" pula bermaksud "lebah yang sibuk" kerana pengarang membayangkan watak Dumbledore ini bersenandung ketika melalui dewan-dewan Hogwarts.