Harry James Potter
- Rencana adalah tentang watak Harry Potter. Untuk ke rencana tentang novel Harry Potter, sila ke Harry Potter.
| Watak Harry Potter | |
|---|---|
Harry Potter, dilakonkan oleh Daniel Radcliffe, | |
| Harry James Potter | |
| Jantina | Lelaki |
| Warna rambut | Hitam |
| Warna mata | Hijau |
| Rumah | Gryffindor |
| Sekolah | Hogwarts |
| Keturunan | Campuran Sihir |
| Patronus | Rusa jantan |
| Sekutu | Tentera Dumbledore, Hogwarts, Kumpulan Phoenix |
| Dilakonkan oleh | Daniel Radcliffe |
| Kemunculan pertama | Harry Potter and the Sorcerer's Stone (buku & filem) |
Harry James Potter (lahir 31 Julai 1980) adalah seorang anak ahli sihir rekaan yang merupakan protagonis dalam siri novel khayalan dan sihir hasil penulisan J. K. Rowling
Beliau merupakan anak tunggal kepada James Potter dan Lily Potter. Harry mewarisi mata ibunya yang hijau terang dan rambut bapanya yang berserabai. Pada usia mudanya, Harry digambarkan sebagai orang yang kecil dan kurus. Dia juga mempunyai parut di dahinya yang berbentuk panahan kilat. Parut itu adalah akibat sumpahan membunuh Lord Voldemort ke atasnya pada malam 31 Oktober 1981 yang pada malam yang sama turut membunuh ibu bapanya serta memusnahkan rumahnya.
Harry belajar di Sekolah Sihir Hogwarts dan bersahabat baik dengan Ronald Weasley dan Hermione Granger.
Harry Potter telah dilakonkan oleh Daniel Radcliffe dalam semua filem Harry Potter hingga kini.