Kumpulan Phoenix

Persatuan Harry Potter
Kumpulan Phoenix
Ibu Pejabat Nombor 12, Grimmauld Place
Ketua Tidak diketahui (dahulu Albus Dumbledore)
Tujuan Menghalang Lord Voldemort dari menjalankan rancangannya
Musuh Lord Voldemort dan Death Eater; pihak penentang Kementerian Sihir.
Kemunculan Pertama Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, walaupun disebutkan tanpa nama secara ringkas pada hujung Harry Potter dalam Piala Api

Kumpulan Phoenix merupakan persatuan rekaan dalam siri Harry Potter oleh J. K. Rowling. Frasa ini sering digunakan dalam buku kelima Harry Potter, dikenali sebagai Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, iaitu ketika kumpulan ini mula diperkenalkan.

Kumpulan ini telah ditubuhkan oleh Albus Dumbledore untuk menentang Voldemort dan pengikutnya, Death Eater. Pemilihan nama tidak disebutkan dalam buku tetapi ia mungkin berkait dengan Fawkes, burung phoenix peliharaan Profesor Dumbledore, yang dijadikan pengutus pesanan bagi Kumpulan tersebut, atau lebih umum lagi Dumbledore menggunakannya sebagai maskot -- melalui patronusnya.