Harry Potter
- Rencana ini membincangkan novel Harry Potter. Untuk watak Harry Potter, sila ke Harry Potter (watak).
Kejayaan francais Harry Poter telah membawa ke suatu set setem yang telah diedarkan oleh Royal Mail, yang mencirikan kulit ketujuh-tujuh buku Harry Potter. | |
| Umum | |
|---|---|
| Pengarang | J. K. Rowling |
| Negara | United Kingdom |
| Bahasa | Inggeris |
| Genre | Dongeng, Thriller, Bildungsroman |
| Penerbitan | |
| Penerbit | Bloomsbury Publishing Scholastic Publishing Raincoast Books Allen & Unwin |
Tarikh penerbitan | 26 Jun 1997 – 21 Julai 2007 |
Jenis media | Keluaran Kulit Keras & Kulit Lembut dan Buku Audio |
| Halaman | 3407 (dalam jumlah) 4100 (dalam jumlah) |
Harry Potter (Jawi: هاري ڤوتر) merupakan nama watak yang menjadi tajuk utama dalam tujuh-siri novel fantasi ciptaan J. K. Rowling dan filem yang berdasarkan kepada siri novel ini. Novel pertamanya, Harry Potter and the Philosopher's Stone, diedarkan pada 1997, namun ceritanya berkisarkan pada hujung abad ke-20.