Safa (album)
| Safa | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 11 Januari 2001 | |||
| Dirakamkan pada | April–Disember 2000 | |||
| Genre | Pop | |||
| Panjang | 45:52 | |||
| Bahasa | Bahasa Melayu | |||
| Syarikat | Suria Records | |||
| Penerbit | Adnan Abu Hassan, Zulkifli Majid, Helen Yap, Azmeer, Pak Ngah, Ahmad Izham Omar, Ajai, Wong & Aubrey Suwito | |||
| Kronologi Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
| Single daripada Safa | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
| Penarafan profesional | |
|---|---|
| Markah ulasan | |
| Sumber | Taraf |
| Discogs | |
| Harian Metro | |
| New Straits Times | |
| Tembang | |
Safa merupakan album studio ketujuh Siti Nurhaliza, dilancarkan pada 11 Januari 2001, jatuh pada tarikh ulang tahun kelahiran Siti ke-22. "Safa" membawa erti putih, suci. Album pop yang kelima ini membawa erti baru dalam kerjaya nyanyian Siti apabila lagu "Percayalah" dipilih menjadi single pertama di dalam album ini. Album ini telah terjual melebihi 60,000 unit dan ia menjadi album terakhir Siti yang menggunakan khidmat Adnan Abu Hassan selaku penerbit album.
"Percayalah" merupakan nukilan Siti dan lirik ini ditujukan khas buat peminat beliau yang masih setia bersama Siti. Pak Ngah juga memperluaskan bakat beliau dengan mencipta lagu irama pop dengan lagu "Kudus Sinarmu". Bagi lagu "Lakaran Kehidupan", video muzik ini telah dipilih untuk dirakamkan dalam teknologi grafik komputer 3D. Pengambaran video muzik "Lakaran Kehidupan" dibuat di Dataran Merdeka, Ayer Keroh.
Bagi "Azimat Cinta", pengambaran video muzik dibuat di Kuala Lipis Lagu Beradu di Khayalan telah diterjemah ke versi bahasa Inggeris dengan tajuk Don’t Put My Heart On Hold. Antara single yang berjaya meraih perhatian ialah "Percayalah", "Lakaran Kehidupan", "Bicara Manis Menghiris Kalbu" dan "Kau Ku Sayang".