Ala Dondang (album)

Ala Dondang
Album studio oleh
Dilancarkan pada28 Julai 1997
Dirakamkan padaSeptember 1996 - Jun 1997
TempatMalaysia
StudioPro Recording Studio
GenreIrama Malaysia
Panjang44:34
BahasaBahasa Melayu
SyarikatSuria Records
Penerbit
Kronologi Noraniza Idris
Noraniza Idris
(1992)
Ala Dondang
(1997)
Masyhur
(1998)
Single daripada Ala Dondang
  1. "Awallah Dondang"
    Dikeluarkan: 1 Julai 1997
  2. "Rindu"
    Dikeluarkan: 12 September 1997
  3. "Semalu Rimba"
    Dikeluarkan: 2 November 1997
  4. "Embun Setitik"
    Dikeluarkan: 16 Januari 1998
  5. "Mahligai Asli"
    Dikeluarkan: 4 Mac 1998
sunting · sunting di Wikidata

Ala Dondang ialah album studio ketujuh oleh penyanyi Malaysia, Noraniza Idris. Ia dikeluarkan pada 28 Julai 1997, oleh Suria Records. Ia adalah album baharu pertamanya dalam tempoh lebih empat tahun, selepas keluaran Noraniza Idris (1992). Ditulis dan diterbitkan oleh Pak Ngah dan S. Atan, Ala Dondang ialah album Irama Malaysia dengan pengaruh muzik ghazal dan zapin.

Untuk penerbitan album ini, Noraniza bekerjasama bersama Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah dan S. Atan selaku penerbit yang menerbitkan album ini secara eksperimental dan akhirnya berjaya terjual sebanyak 200,000 ribu unit. Ala Dondang mempertaruhkan lagu Awallah Dondang sebagai single pertama untuk album ini. Noraniza telah membuka mata masyarakat pada ketika itu, Orang ramai bukan sahaja tertumpu dengan lagu-lagu bergenre pop, rock, R&B dan sebagainya tetapi mereka juga tertarik dengan lagu-lagu bercorak tradisional selepas sahaja album ini dilancarkan. Oleh kerana sambutan terhadap album ini memberangsangkan. Ala Dondang telah diiktiraf sebagai Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-5 (1998) dan turut tercalon untuk kategori utama, Album Terbaik.