Tarian Zapin
| Nama asli | Zapin, Japin, Jepin, Jepen |
|---|---|
| Etimologi | al-zafn dalam bahasa Arab |
| Alat muzik | Gambus, Gendang, Dhol, Rebab ,Rebana |
| Pencipta | Orang Parsi, Orang Arab, Melayu |
| Asal usul | Johor, Malaysia |
Tarian Zapin (Jawi: زافين atau زاڤين) merupakan sejenis tarian rakyat tradisional dilakukan masyarakat Melayu di kepulauan Nusantara rantau Asia Tenggara terutamanya di negara-negara Indonesia (Sumatera, Kepulauan Riau, Bangka Belitung, Gorontalo), Jawa (Jakarta), Semenanjung Melayu (khususnya di Johor , Perlis , Kedah , Kelantan , Pahang , Melaka dan Selangor), Singapura serta Borneo (Sarawak, Sabah, Kalimantan dan Brunei). Tarian ini sering dilakukan dengan iringan muzik digubah khas.
Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman melalui para pedagang dari sana. Ia mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya lalu berpincang melalui sifat ia dipersembahkan iaitu zapin Arab dan zapin Melayu. Dalam konteks Zapin Melayu, orang Melayu merujuknya sebagai sebuah bentuk permainan yang digelar "Main Zapin" atau Permainan Zapin".