Ajis Sitin
Dato' Ajis Sitin DIMP (Pahang) | |
|---|---|
| Ahli Dewan Negara Malaysia | |
| Lantikan Dewan Negeri Pahang | |
| Dalam jawatan 25 Ogos 2021 – 24 Ogos 2024 | |
| Penggal | Pertama |
| Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli | |
| Dalam jawatan 2017–2019 | |
| Didahului oleh | Mohd Jamalludin Kasbi |
| Digantikan oleh | Juli Edo |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Ajis bin Sitin 8 April 1963 (61 tahun) |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
| Pekerjaan | Penjawat awam |
Dato' Ajis bin Sitin (lahir 8 April 1963) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Orang Asli. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) mewakili DUN Pahang selama sepenggal (2021-2024). Beliau juga telah mencipta sejarah sebagai orang Asli pertama yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).