Jabatan Kemajuan Orang Asli

Jabatan Kemajuan Orang Asli
جابتن كماجوان اورڠ اصلي
Intisari agensi
Dibentuk25 Februari 1954 (1954-02-25)
Ibu pejabatTingkat 3, West Block, Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB), 142-C, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
  • Dato' Hjh Sapiah binti Dato' Mohd Nor, Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia
Laman sesawang
Laman Web Rasmi Jabatan Kemajuan Orang Asli

Jabatan Kemajuan Orang Asli (Tulisan Jawi: جابتن كماجوان اورڠ اصلي; singkatan: JAKOA) merupakan sebuah jabatan kerajaan yang dipertanggung jawabkan untuk mengurus hal ehwal Orang Asli di Malaysia. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) adalah merupakan nama baru bagi menggantikan nama lama iaitu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melalui proses penjenamaan semula yang berkuatkuasa penggunaannya mulai 15 Januari 2011.

Matlamat utama Jabatan Kemajuan Orang Asli adalah bagi melaksanakan pendekatan pembangunan secara menyeluruh; melibatkan pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan, dan pembangunan modal insan secara terancang dan berterusan. Ia bertujuan bagi mencapai objektif peningkatan pendapatan, memperluas kemudahan prasarana dan ameniti sosial, tahap kesejahteraan hidup yang lebih berkualiti, dengan harapan ia akan melahirkan generasi baru yang berpendidikan dan dinamik. JAKOA juga memberi penekanan terhadap pemeliharaan warisan dan budaya masyarakat Orang Asli di seluruh Malaysia.