Siddiq Fadzil

Siddiq Fadzil
DPMP, PCM (Perak); PhD (UKM)
Pengerusi Lembaga Pengarah
Universiti Sains Islam Malaysia
Dalam jawatan
1 Oktober 2018 – 31 Ogos 2021
Didahului olehDzulkifli Abdul Razak
Digantikan olehZulkifli Mohamad Al-Bakri
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia
Dalam jawatan
1983–1991
Didahului olehAnwar Ibrahim
Digantikan olehMuhammad Nor Manuty
Maklumat peribadi
Lahir
Sidek bin Fadzil

(1947-01-04)4 Januari 1947
Kampung Sungai Tiang Darat, Bagan Datoh,
Perak Darul Ridzuan
Meninggal dunia31 Ogos 2021(2021-08-31) (umur 74)
Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi, Selangor
Tempat semadiTanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor
PasanganUstazah Datin Dr. Siti Zulaikha Mohd Nor
Anak7 orang (termasuk Fadhlina Sidek)
Kediaman Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor
PendidikanDoktor Falsafah Kebudayaan Melayu dan Falsafah Islam
Tempat belajarUniversiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Malaya

Prof. Dato' Dr. Siddiq bin Fadzil (4 Januari 1947 – 31 Ogos 2021) dilahirkan di Bagan Datoh, Perak dan berasal dari keluarga keturunan Jawa. Sebelum meninggal, beliau menetap di Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Siddiq Fadzil merupakan seorang ahli akademik dan aktivis pendidikan di Malaysia. Beliau juga merupakan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia (WADAH) sejak 2005 sehingga 2015.