Mohamed ElBaradei
Mohamed ElBaradei محمد البرادعي | |
|---|---|
| Naib Presiden Mesir Interim | |
| Dalam jawatan 14 Julai 2013 – 14 Ogos2013 | |
| Presiden | Adly Mansour (Interim) |
| Didahului oleh | Mahmoud Mekki |
| Digantikan oleh | Pejabat dihapuskan |
| Ketua Parti Perlembagaan | |
| Dalam jawatan 28 April 2012 – 14 Ogos2013 | |
| Timbalan | George Isaac |
| Digantikan oleh | Sayed El-Masry |
| Director General of the International Atomic Energy Agency | |
| Dalam jawatan 1 Disember 1997 – 30 November 2009 | |
| Didahului oleh | Hans Blix |
| Digantikan oleh | Yukiya Amano |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohamed Mustafa ElBaradei 17 Jun 1942 Cairo, Mesir |
| Parti politik | Parti Perlembagaan |
| Pasangan | Aida El-Kachef |
| Anak | 2 |
| Kediaman | Vienna, Austria |
| Tempat belajar | Universiti Cairo Graduate Institute of International and Development Studies Universiti New York |
| Laman web | Laman web rasmi |
Mohamed Mustafa ElBaradei (Arab: محمد مصطفى البرادعى, Muḥammad Muṣṭafā al-Barādaʿī, sebutan Arab Mesir: [mæˈħæmmæd mosˈtˤɑfɑ (ʔe)lbæˈɾædʕi]; lahir 17 Jun 1942) merupakan sarjana undang-undang dan diplomat Mesir yang menjadi Timbalan Presiden Mesir yang terakhir yang berkhidmat dari 14 Julai 2013 sehingga peletakkan jawatannya sebulan kemudian pada 14 Ogos 2013.
Beliau merupakan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), sebuah organisasi antara kerajaan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dari tahun 1997 sehingga 2009. Beliau dan IAEA telah menerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 2005.