Agama adat Iban

Masyarakat Iban rumpun Dayak yang menduduki Sarawak, Johor, Kalimantan Barat dan Brunei dalam pulau Borneo mempunyai suatu anutan khas diturunkan sejak berzaman-zaman disebutkan sebagai pengarap asal. Agama ini dianuti sebanyak 13.63% dalam kalangan masyarakat Iban Sarawak menurut banci dilakukan kerajaan Malaysia tahun 2010.

Kajian mengenai agama dan kepercayaan adat masyarakat ini telah lama dikajikan banyak cendekiawan baik yang setempat mahupun dari luar negara seperti Erik Jensen dan Benedict Sandin.