Benedict Sandin
Benedict Sandin atau nama lahirnya Sandin anak Attat (18 Oktober 1918 - 7 Ogos 1982) merupakan seorang ahli etnologi dan sejarawan berbangsa Iban, beliau merupakan Kurator Muzium Sarawak di Kuching, Sarawak dari Disember 1966 sehingga Mac 1974.
Beliau banyak mengkaji dan mencatat dalam makalah muzium pekerjaannya mengenai budaya dan adat resam orang-orang peribumi Sarawak khususnya sejurus sebelum dan selepasnya datangnya pengaruh pemerintahan Raja Putih British; beliau juga banyak mengumpul sejarah lisan salasiah masyarakat Iban ini.