Afif Bahardin
Afif Bahardin ADUN (MBBS) UiTM | |
|---|---|
| عفيف بحرالدين | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang | |
| (Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan) | |
| Dalam jawatan 9 Mei 2013 – 4 Mac 2020 | |
| Gabenor | Abdul Rahman Abbas |
| Ketua Menteri | Lim Guan Eng (2013–2018) Chow Kon Yeow (2018–2020) |
| Didahului oleh | Law Choo Kiang (Pertanian, Industri Asas Tani & Pembangunan Luar Bandar) Phee Boon Poh (Kesihatan) |
| Digantikan oleh | Norlela Ariffin |
| Kawasan pilihan raya | Seberang Jaya |
| Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
| Menyandang jawatan 28 Januari 2024 | |
| Presiden | Muhyiddin Yassin |
| Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat | |
| Dalam jawatan 22 Ogos 2014 – 16 November 2018 | |
| Presiden | Wan Azizah Wan Ismail |
| Ketua Pemuda | Nik Nazmi Nik Ahmad |
| Didahului oleh | Khairul Anuar Ahmad Zainuddin |
| Digantikan oleh | Muhammad Hilman Idham |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Taman Medan | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Syamsul Firdaus Mohamed Supri (PH–PKR) |
| Majoriti | 30 (2023) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Seberang Jaya | |
| Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 6 Mac 2023 | |
| Didahului oleh | Arif Shah Omar Shah (BN–UMNO) |
| Digantikan oleh | Izhar Shah Arif Shah (PN–BERSATU) |
| Majoriti | 2,459 (2013) 7,421 (2018) |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Selangor | |
| 2023– | Perikatan Nasional |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang | |
| 2013–2018 | Parti Keadilan Rakyat |
| 2018–2020 | Pakatan Harapan |
| 2020 | Parti Pribumi Bersatu Malaysia |
| 2020–2023 | Perikatan Nasional |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Afif bin Bahardin 13 Mei 1985 Shah Alam, Selangor, Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) (until 2020) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (sejak 2020) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (until 2015) Pakatan Harapan (PH) (2015–2020) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
| Pasangan | Mardhiah Zakaria (k. 2010) |
| Anak | Aaina Sofea Afif Ar-Rayyan Afif |
| Tempat belajar | Universiti Teknologi Mara (MBBS) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Pakar perubatan |
| Laman web | www |
Dr. Afif bin Bahardin (lahir 13 Mei 1985) merupakan seorang rakyat Malaysia yang merupakan seorang ahli politik dan doktor perubatan. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Taman Medan sejak Ogos 2023. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan Pakatan Harapan (PH) serta di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Chow Kon Yeow dari Mei 2013 sehingga peletakan jawatannya pada Mac 2020. Beliau juga pernah menjadi ADUN bagi kawasan Seberang Jaya dari Mei 2013 hingga Mac 2023.
Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), salah satu parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU sejak Januari 2024 dan merupakan Setiausaha PN negeri Selangor. Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Naib Ketua Angkatan Muda PKR dari Ogos 2014 hingga November 2018 dan Timbalan Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh.