Achernar

Achernar

Lokasi Achernar (dibulatkan)
Data cerapan
Epok J2000      Ekuinoks J2000
Buruj Eridanus
Jarak hamal 01j 37m 42.84548s
Keserongan –57° 14′ 12.3101″
Magnitud ketara (V)0.40–0.46
Ciri-ciri
Jenis spektrum B6 Vep + A1V-A3V
U−B indeks warna −0.66
B−V indeks warna −0.16
Jenis bolehubah Be
Astrometri
Halaju jejarian (Rv)+16 km/s
Gerakan wajar (μ) RA: 87.00±0.58 mas/thn
Dec.: −38.24±0.50 mas/thn
Paralaks (π)23.39 ± 0.57 mas
Jarak139 ± 3 tc
(43 ± 1 pc)
Magnitud mutlak (MV)−1.46
Orbit
Tempoh (P)7.0389±0.0015 thn
Paksi separa utama (a)0.17190±0.00025"
(7.35±0.18 AU)
Keeksentrikan (e)0.7258±0.0015
Kecondongan (i)30.32±0.35°
Longitud nod (Ω)310.91±0.80°
Epok periastron (T)2008.7582±0.0014
Hujah periastron (ω)
(sekunder)
172.05±0.87°
Perincian
A
Jisim6.0 M
Jejari6.78 – 9.16 R
Kekilauan3,493 L
Graviti permukaan (log g)2.772 – 3.561 cgs
Suhu12,673 – 17,124 K
Halaju putaran (v sin i)250 km/s
Umur63 Myr
B
Jisim2.0 M
Jejari1.7 R
Kekilauan17.5 L
Suhu9,064 K
Penamaan lain
2 G. Eri, α Eri, 70 Eri, CD−57°334, FK5 54, HD 10144, HIP 7588, HR 472, SAO 232481, 水委一
Rujukan pangkalan data
SIMBADdata

Achernar (sebutan: akenar; Jawi: اكنر) ialah bintang paling terang dalam buruj Eridanus, dan yang kesembilan paling terang di langit malam. Ia mempunyai sebutan Bayer Alpha Eridani, yang dilatinkan daripada α Eridani dan disingkatkan Alpha Eri atau α Eri. Nama Achernar digunakan untuk komponen utama sistem binari. Kedua-dua komponen tersebut dinamakan Alpha Eridani A (primer) dan B (skunder), dengan yang sekunder itu dikenali secara tidak rasmi sebagai Achernar B. Seperti yang ditentukan oleh satelit astrometri Hipparcos, sistem ini terletak pada jarak kira-kira 139 light-year (43 parsec) dari Matahari.

Daripada sepuluh bintang paling terang yang ketara di langit pada waktu malam, Alpha Eridani ialah yang paling panas dan berwarna biru, kerana Achernar daripada jenis spektrum B. Achernar mempunyai halaju putaran yang luar biasa pantas, menyebabkan ia menjadi bonjol bentuknya. Yang sekunder adalah lebih kecil, daripada jenis spektrum A, dan mengorbit Achernar pada jarak 7.35 AU.