Majlis Agama Islam Selangor
Majlis Agama Islam Selangor (singkatan:MAIS) adalah satu entiti pertubuhan perbadanan (a body corporate) menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Dari segi operasi dan pengurusan, MAIS adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang menjalankan hal ehwal yang berkaitan dengan agama Islam di Selangor. Pengerusi MAIS terkini (2025) adalah Dato' Setia Salehuddin Saidin.