Aaron Ago Dagang

Yang Berhormat Dato' Sri
Aaron Ago Dagang
PJN (Malaysia); PNBS (Sarawak)
Menteri Perpaduan Negara Malaysia
Menyandang jawatan
3 Disember 2022
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Saraswathy Kandasami
Didahului oleh Halimah Mohamed Sadique
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kanowit, Sarawak
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
17 Mei 2004 – 10 Oktober 2022
Didahului olehLeo Moggie (BNPBDS)
Timbalan Menteri Kesihatan II
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
Berkhidmat with
Noor Azmi Ghazali
(Timbalan I)
Raja Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Khairy Jamaluddin
Digantikan oleh Lukanisman Awang Sauni
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Berkhidmat with
Noor Azmi Ghazali
(Timbalan I)
Raja Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Menteri Adham Baba
Didahului oleh Lee Boon Chye
Maklumat peribadi
Lahir (1958-12-12) 12 Disember 1958
Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (Kini Sarawak, Malaysia)
Parti politikPBDS (Sehingga-2004)
SPDP (Sehingga-2008)
PRS (2008-Kini)
Gabungan politik
lain
BN (2016-2018)
GPS (2018-Kini)
PN (2020-2022)
PasanganDatin Sri Ping Bungan
PekerjaanAhli Parlimen
GajiRM49,647.65 sebulan
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "net_worth"

Dato' Sri Aaron Ago anak Dagang merupakan ahli politik Malaysia dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri Perpaduan Negara sejak Disember 2022. Beliau kini adalah seorang Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi kawasan Kanowit di Sarawak, mewakili Parti Rakyat Sarawak (PRS) dari Gabungan Parti Sarawak dalam komponen Perikatan Nasional di peringkat Kerajaan Persekutuan. Sebelum dipilih ke Parlimen Malaysia, Aaron adalah setiausaha politik kepada Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Leo Moggie. Dagang kemudian bertanding bagi kerusi Kanowit Pilihanraya Umum Malaysia 2004 menggantikan Moggie yang tidak bertanding. Selepas pilihan raya, pendaftaran parti Aaron, Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) telah dibatalkan dan beliau menyertai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan kemudiannya Parti Rakyat Sarawak (PRS). Beliau mengekalkan kerusi Kanowit di dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008 dengan menang tanpa bertanding. Aaron menerima pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan baginda pada 5 June 2010.