29 Februari (filem)
| 29 Februari | |
|---|---|
| Pengarah | Edry Abdul Halim |
| Penulis |
|
| Lakon layar | Edry Abdul Halim |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Mohd Noor bin Kassim |
| Muzik oleh | Edry Abdul Halim |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | KRU Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 104 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bajet | RM 3.5 juta |
| Pecah panggung | RM 0.37 juta |
29 Februari merupakan sebuah filem drama fantasi muzikal Malaysia 2012" keluaran KRU Studios yang diuar-uarkan sebagai filem stereoskopik 3D buatan Malaysia yang pertama. Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang lahir pada tarikh keramat tahun lompat 29 Februari, dan oleh itu hanya dimakan usia empat tahun sekali, maka dirinya teramat lambat menua berbanding orang lain.
Filem ini merupakan arahan kedua Edry Abdul Halim selepas Magika, dibintangi oleh Remy Ishak dan Jojo Goh. Filem ini keluar dalam bentuk 3D dan 2D digital di 79 buah pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei pada 30 Ogos 2012. Filem ini telah memenangi tiga dari dua belas pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-25.