dunia

Bahasa Melayu

Takrifan

dunia

  1. bumi dan segala yang terdapat di permukaannya, alam (tempat kita duduki).
    Lombong Kinta pernah menjadi kawasan lombong bijih timah yang terkaya di dunia.
  2. perihal hidup, kehidupan.
    Dunia hari ini penuh dengan penindasan dan kepura-puraan.
  3. segala manusia yang hidup di bumi.
    Seluruh dunia turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy.
  4. bidang, lapangan, alam.
    Dunia hiburan masa kini dikuasai wang.
  5. bahagian dunia (negara dan lain-lain), masyarakat.
    Dunia sebelah Timur Tengah masih lagi dalam keadaan huru-hara.

Etimologi

Daripada bahasa Arab دُنْيَا (dunyā).

Sebutan

  • (baku) AFA(kekunci): /du.nia/
  • (Johor-Riau) AFA(kekunci): /du.niə/
  • (Sumatera Utara) AFA(kekunci): /du.ni.ya/
  • Rima: -ia
  • Penyempangan: du‧nia

Terbitan

  • berdunia:
  1. hidup atau berada di dunia
  2. bersuka-suka di dunia.
  • keduniaan: perihal dunia.
  • sedunia: mengenai negeri-negeri di seluruh dunia.

Sebutan

Kamus Dewan: du·nia

Simbol

Terjemahan

Tulisan Jawi

دنيا

Tesaurus

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.