alam

Bahasa Melayu

Takrifan 1

Kata nama

alam

  1. dunia, bumi.
    Namanya termasyhur di seluruh alam.
  2. segala yang ada di langit dan di bumi (bumi, bintang, tenaga yang ada, dll).
    Tuhan menjadikan alam ini dalam masa enam hari.
  3. lingkungan yang meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yang tertentu atau sejenis.
    alam remaja; alam haiwan.
  4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dan lain-lain).
    alam persuratan Melayu.

Etimologi

Pinjaman bahasa Arab عَالَم (ʕālam).

Sebutan

Kamus Dewan: ʕa·lam

Tulisan Jawi

عالم

Kata majmuk

  • bencana alam: bencana yang berlaku di muka bumi (seperti banjir, gempa).
  • ilmu alam: geografi, pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (seperti keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya).

Terbitan

  • sealam: mempunyai alam yang sama.
  • kealaman: perihal alam, sifat atau keadaan alam.

Takrifan 2

Kata kerja

alam

  1. mengalami: merasai atau menempuh (kesusahan, kesulitan, perubahan, dll), menanggung.
    Selama hampir tiga tahun yang lalu, kita telah mengalami kesulitan ekonomi.

Etimologi

Pinjaman bahasa Arab أَلَم (ʔalam).

Terbitan

  • pengalaman: apa yang telah dialami.

Takrifan 3

Kata nama

alam

  1. bendera, panji.

Etimologi

Pinjaman bahasa Arab عَلَم (ʕalam).

Sebutan

Kamus Dewan: ʕa·lam

Tulisan Jawi

علم

Tesaurus

Sinonim I

Sinonim II

Sinonim III

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.