buku

Bahasa Melayu

Takrifan 1

Kata nama

buku (ejaan Jawi بوکو)

  1. tempat pertemuan dua ruas atau sendi.
  2. bongkah kecil-kecil.
  3. sesuatu yang keras, benjolan, ketulan (biasanya tidak kelihatan).
Terbitan kata
  • berbuku: berbentuk bongkah.
  • berbuku (sentuhan): ketulan keras di bawah permukaan (contohnya kulit) yang tidak kelihatan.
  • berbuku (perasaan): rasa jelek atau tidak suka kepada sesuatu.
  • terbuku: menetapkan keputusan di dalam hati.

Penjodoh bilangan

buku (ejaan Jawi بوکو, tunggal sebuku)

  1. Penjodoh bilangan bagi benda berbongkah.

Etimologi

Daripada bahasa Melayik Purba *buku, daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba *bukuh.

Takrifan 2

Kata nama

buku (ejaan Jawi بوکو)

  1. Himpunan helaian berjilid bertulis atau bercetak untuk dibaca atau yang mengandungi ruangan kosong untuk ditulis.
Terbitan kata

Bentuk alternatif

Bahasa isyarat

Etimologi

Pinjaman bahasa Belanda boek, daripada bahasa Belanda Pertengahan boec, daripada bahasa Belanda Kuno buoc, daripada bahasa Jermanik Purba *bōks.

Sebutan

  • Kamus Dewan: bu·ku
  • AFA(kekunci): /buku/
  • Rima: -uku, -ku, -u
  • Audio (MY):(file)
  • (Sebutan baku; Kamus Dewan Perdana) AFA(kekunci): /bu.ku/
  • Audio (MY-zsm):(file)

Terjemahan

Tesaurus

Sinonim
(penjodoh bilangan) ketul, buah, biji.

Bahasa Bajau Pantai Barat

Takrifan

Kata nama

buku

  1. buku
Nindam aku buku perpustakan.
Saya meminjam buku di perpustakaan.

Bahasa Banjar

  1. Lihat takrifan bahasa Melayu.
  2. utuh

Tesaurus

Sinonim
kitab.

Bahasa Konjo Pesisir

Kata nama

buku

  1. tulang
    buku barambang.
    tulang dada.