buah

Bahasa Melayu

Takrifan

buah

  1. Bahagian tumbuhan yang terjadi daripada bunga atau putik, biasanya boleh dimakan.
  2. biji yang agak besar dan keras.
  3. Sebarang benda atau anggota badan yang menyerupai buah tertentu.
  4. berbagai-bagai benda bulat.
  5. (pertahanan diri) Pergerakan atau teknik dalam seni silat.

buah (tunggal sebuah)

  1. Penjodoh bilangan bagi sebarang objek yang besar dan nyata secara am.

Etimologi

Daripada bahasa Melayu [Perkataan?] *buah, daripada bahasa Melayu [Perkataan?] *buaq, daripada bahasa Melayu [Perkataan?] *buaq.

Terbitan

  • berbuah: mempunyai buah.
  • berbuahkan: mendapat sebagai buah.
  • buah-buahan:
    • buah tiruan;
    • bermacam-macam buah.
  • membuahi: mencampuri, menambah.
  • membuahkan: menghasilkan, menerbitkan.
  • menyebuahkan: menjadi satu.
  • sebuah: satu buah.

Sebutan

  • Kamus Dewan: buah
  • AFA(kekunci): /buah/
  • Rima: -uah, -wah, -ah
  • Audio (MY):(file)
  • (Sebutan baku; Kamus Dewan Perdana) AFA(kekunci): /bu.wah/
  • Audio (MY-zsm):(file)

Terjemahan

Tulisan Jawi

بواه

Rujukan

Pautan luar

  • "buah" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.

Terbitan

  • membuahi: menghamilkan.
  • pembuahan: perihal membuahi/penghamilan.

Bahasa Banjar

Takrifan

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.