Zairulkefli Husin
Zarul Umbrella | |
|---|---|
| Kelahiran | Zairulkefli bin Husin 13 November 1973 |
| Nama lain | Zarul Husin, Zarul Umbrella |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pramugara (2000–2016) |
| Tahun aktif | 1994–kini |
Zairulkefli Husin atau lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella (lahir 13 November 1973) merupakan vokalis kumpulan Umbrella sehingga tahun 1997 (Kini kembali bersama Kumpulan Umbrella dengan Single Terbaru HILANG). Beliau juga merupakan pemenang tempat ketiga rancangan Gegar Vaganza 2016 terbitan ASTRO. Beliau telah melepaskan jawatan sebagai pramugara di Malaysia Airlines setelah berkhidmat selama 17 tahun. The Zarulians dan Zarulian High Flyers (yang ditubuhkan oleh salah seorang rakan seperjuangan ketika beliau bertugas sebagai pramugara) ialah dua nama kelab peminat beliau yang rasmi. Beliau juga merupakan bekas pembantu tadbir di Majlis Bandaraya Diraja Klang dan beliau juga menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang dimana tempat beliau bekerja ketika itu yang membuka jalan kepada beliau menjadi penyanyi yang ketika pertandingan tersebut di adili oleh komposer terkenal Saari Amri.