MediaWiki
| MediaWiki | |
|---|---|
| Pembangun | Yayasan Wikimedia |
| Pelancaran pertama | 25 Januari 2002 |
| Versi terkini/stabil | 1.11.1 (23 Januari 2008) |
| Ditulis dalam | PHP, JavaScript |
| Sistem pengendalian | Silang pelantar |
| Pelantar | Rentas pelantar |
| Tersedia dalam | Aneka bahasa |
| Jenis | Perisian bebas, wiki software |
| Genre | Wiki |
| Lesen | Lesen Awam Am GNU |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak web | mediawiki.org (Inggeris) |
| Repositori | |
| Pautan lain | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
MediaWiki ialah sebuah perisian wiki berdasarkan web. Perisian ini digunakan oleh semua projek di bawah kelolaan Yayasan Wikimedia, semua wiki yang didaftarkan di Wikia, dan wiki-wiki persendirian. Asalnya, MediaWiki dibangunkan sebagai memenuhi keperluan untuk mengurus ensiklopedia Wikipedia yang mempunyai kandungan bebas, tetapi pada hari ini ia juga digunakan oleh syarikat-syarikat sebagai perisian pengurusan pengetahuan web dalaman dan juga sebagai sistem pengurusan kandungan. Novell ialah contoh sebuah syarikat yang menpggunakan MediaWiki sebagai perisian pengurus bagi sebahagian daripada tapak-tapak sesawangnya.
MediaWiki ditulis dalam bahasa pengaturcaraan oPHP dan menggunakan sistem pengurusan pangkalan data MySQL atau PostgreSQL. M2ediaWiki ialah sebuah perisian bebas dan diedarkan di bawah Lesen Awam Am GNU.