Virgil van Dijk

Virgil van Dijk
Van Dijk bersama Belanda pada tahun 2016
Maklumat peribadi
Nama penuh Virgil van Dijk
Tarikh lahir (1991-07-08) 8 Julai 1991
Tempat lahir Breda, Belanda
Ketinggian 1.95 m (6 ka 5 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Liverpool
Nombor 4
Kerjaya remaja
2009–2010 Willem II
2010–2011 Groningen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2013 Groningen 62 (7)
2013–2015 Celtic 76 (9)
2015–2018 Southampton 67 (4)
2018– Liverpool 165 (16)
Pasukan kebangsaan
2011 Belanda B19 1 (0)
2011–2013 Belanda B21 3 (0)
2015– Belanda 60 (6)
Pengalaman
Mewakili  Belanda
Pingat kebangsaan
Liga Negara-Negara UEFA 2018–19 Belanda
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 September 2023 (UTC)
Paparan amaran: Page using Template:Infobox football biography with unknown parameter "Terengganu]] caps"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox football biography with unknown parameter "goals"

Virgil van Dijk (lahir 8 Julai 1991) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Belanda yang bermain sebagai bek tengah untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan kini berkhidmat sebagai kapten pasukan kebangsaan Belanda. Beliau dianggap sebagai salah satu pemain bek terbaik di dunia dan terkenal dengan ciri-ciri kekuatan, kepimpinan, dan kemampuan udara. Pada tahun 2019, beliau dinobatkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik UEFA dan menjadi naib juara untuk Ballon d'Or.

Setelah memulakan karier profesionalnya bersama Groningen, Van Dijk pindah ke Celtic pada tahun 2013, di mana beliau memenangi Liga Perdana Scotland dan dinobatkan dalam Pasukan Pilihan Terbaik Tahunan Liga Perdana Scotland PFA pada kedua musimnya bersama kelab, serta memenangi Piala Liga Scotland untuk musim terakhir bersama Celtic. Pada bulan September 2015, beliau menyertai pasukan Liga Perdana Inggeris, Southampton sebelum menandatangani Liverpool pada Januari 2018 dengan harga £75 juta (perpindahan rekod dunia untuk pemain pertahanan pada masa itu). Van Dijk mencapai pentas akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA 2018 pada musim bunga pertamanya di Liverpool. Pada musim penuh pertamanya di kelab, Van Dijk dinobatkan sebagai Pemain Terbaik PFA dan Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris musim 2018-19. Van Dijk dibintangi ketika Liverpool memenangi kejohanan Liga Juara-Juara UEFA 2019 dan sekaligus dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan. Musim berikutnya, beliau turut memenangi Piala Dunia Kelab FIFA 2019 bersama Liverpool.

Van Dijk membuat penampilan antarabangsa yang pertama buat pasukan Belanda pada tahun 2015 dan menjadi kapten negara pada tahun 2018. Pada tahun 2018, beliau menjaringkan gol antarabangsa yang pertama dalam kemenangan 3-0 ke atas juara Eropah Portugal. Beliau kemudiannya membawa pasukannya ke perlawanan akhir Liga Negara-Negara UEFA 2018–19 buat pertama kali, di mana pasukannya menduduki tempat kedua.