Liga Negara-Negara UEFA 2018–19
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Tarikh | 6 September – 20 November 2018 (peringkat kumpulan) 5–9 Jun 2019 (Pusingan Akhir Liga Negara-Negara) |
| Pasukan | 55 |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Portugal (Kejuaraan Ke-1) |
| Naib Juara | Belanda |
| Tempat Ketiga | England |
| Tempat Keempat | Switzerland |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 142 |
| Jaringan gol | 342 (2.41 per perlawanan) |
| Kehadiran | 2,467,041 (17,374 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Aleksandar Mitrović (6 gol) |
2020–21 → | |
Liga Negara-Negara UEFA 2018–19 akan menjadi musim sulung Liga Negara-Negara UEFA, sebuah kejohanan persatuan bola sepak antarabangsa yang dirancang melibatkan pasukan kebangsaan lelaki dari 55 persatuan ahli UEFA. Kejohanan yang akan diadakan dari September hingga November 2018 (peringkat kumpulan) dan Jun 2019 (Pusingan Akhir Liga Negara-Negara), juga akan menjadi sebahagian daripada proses kelayakan untuk UEFA Euro 2020, yang memberi peluang dalam play-off yang akan menentukan empat tempat daripada 24 slot di kejohanan akhir.