Zimbabwe

Republik Zimbabwe
Zimbabwe
Bendera Jata
Cogan kataBahasa Inggeris:"Unity, Freedom, Work"
"Kesatuan, Kebebasan, Usaha"
Lagu kebangsaan"Blessed be the land of Zimbabwe"
Bahasa Melayu: Rahmatilah Tanah Air Zimbabwe
Ibu negara
dan bandar terbesar
Harare
17°50′S 31°3′E / 17.833°S 31.050°E / -17.833; 31.050
Bahasa rasmi
16 bahasa
  • Chewa
  • Chibarwe
  • Inggeris
  • Kalanga
  • "Koisan" (kemungkinan Tsoa)
  • Nambya
  • Ndau
  • Ndebele
  • Shangani
  • Shona
  • "isyarat tangan"
  • Sotho
  • Tonga
  • Tswana
  • Venda
  • Xhosa
KerajaanRepublik berpresiden parti dominan kesatuan
• Presiden
Emmerson Mnangagwa
• Naib Presiden
Constantino Chiwenga
Kemerdekaan
• Rhodesia
11 November 1965
• Republik
2 Mac 1970
• Zimbabwe
18 April 1980
Keluasan
• Jumlah
390,757 km2 (150,872 bt2) (60)
• Perairan (%)
1
Populasi
• Perkiraan 2019
14,215,809 (74)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$41.031 bilion
$2,621 (129)
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$22.290 bilion
$1,424
Gini (1995)50.1
tinggi · 0
HDI (2019) 0.571
sederhana · 150
Mata wangDolar Amerika Syarikat (rasmi untuk kerajaan), Rand Afrika Selatan, dan banyak mata wang lain 2, mis Pula Botswana syiling bon Zimbabwe digunakan sebagai proksi untuk syiling dolar AS. nota bon Zimbabwe ditetapkan yang akan diperkenalkan pada 2016.
(ZWD)
Zon waktuUTC+2 (CAT)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (tidak diperhatikan)
Kod panggilan263
Kod ISO 3166ZW
DPT internet.zw
1 Anggaran bagi negara ini mengambil kira kesan daripada wabak AIDS. 2 Dolar Zimbabwe tidak lagi digunakan secara aktif selepas ia digantung secara rasmi oleh kerajaan kerana hiperinflasi. Dolar Amerika Syarikat (US $), Rand Afrika Selatan (R), Pula Botswana (P), Pound sterling (£), euro ( €), Rupee India s (), Dolar Australia s (A $), Renminbi (元 / ¥) dan Yen Jepun (¥ ) adalah mata wang yang sah diperlakukan.. Dolar Amerika Syarikat telah diterima pakai sebagai mata wang rasmi bagi semua urus niaga kerajaan.
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country_code"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "HDI_category"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "population_density"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "population_densitymi²"

Zimbabwe; secara rasminya dikenali Republik Zimbabwe (dahulunya Rhodesia Selatan, Republik Rhodesia, Zimbabwe Rhodesia) terletak di tanah tinggi di antara Sungai Zambezi dan Sungai Limpopo, dan di kelilingi Zambia, BotswanaMozambique, Afrika Selatan.

Di Zimbabwe terdapat tiga bahasa utama bahasa Inggeris, bahasa Shona dan bahasa Ndebele, dengan 16 bahasa rasmi menjadikannya negara yang paling banyak bahasa rasmi di dunia. Dengan keluasan lebih 390,245 km persegi, negara ini terletak pada ketinggian 300 meter di atas paras laut, sekali gus menjadikan ia sebuah negara yang mengalami cuaca tidak seterik negara Afrika lain.

Zimbabwe bermula sebagai jajahan British yang dikenali sebagai Rhodesia. Negara ini telah bergolak sejak Pengisytiharan Kemerdekaan Sepihak atau UDI pada 11 November 1965 sehinggalah ke hari ini. Seperti Afrika Selatan, negara ini telah lambat mencapai kemerdekaan iaitu pada tahun 1980. Pada awalnya, kerajaan kulit hitam di bawah pimpinan Robert Mugabe telah diberi pujian kerana berjaya memperbaiki standard kehidupan dan ekonomi negara. Namun keadaan negara merosot pada akhir tahun 80an dan pentadbirannya dibelenggu dengan ekonomi yang tak terurus, hiperinflasi dan penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak asasi manusia. Pada tahun 2008, Zimbabwe mempunyai kadar inflasi tertinggi di dunia yang mencapai 2.2 juta peratus.

Pada 15 November 2017, setelah tunjuk perasaan yang berlarutan selama lebih dari satu tahun terhadap pemerintahannya dan juga ekonomi Zimbabwe yang merosot dengan cepat, Mugabe telah dikenakan tahanan rumah oleh tentera nasional negara itu dalam satu rampasan kuasa. Pada 19 November 2017, parti Zanu–PF memecat Robert Mugabe sebagai pemimpin parti dan melantik bekas Naib Presiden Emmerson Mnangagwa sebagai gantinya. Pada 21 November 2017, Mugabe mengemukakan peletakan jawatannya sebelum prosiding pendakwaan terhadapnya selesai. Pada 30 Julai 2018 Zimbabwe mengadakan pilihan raya umum, yang dimenangi oleh parti Zanu–PF yang diketuai oleh Emmerson Mnangagwa. Nelson Chamisa yang mengetuai parti pembangkang utama MDC Alliance mempertikaikan keputusan pilihan raya dan mengemukakan petisyen ke Mahkamah Perlembagaan Zimbabwe. Walaupun begitu, mahkamah mengesahkan kemenangan Mnangagwa, menjadikannya presiden Zimbabwe ketiga selepas berakhirnya regim Mugabe.

Zimbabwe ialah negara berpendapatan sederhana rendah dan berada di kedudukan ke-150 dalam Indeks Pembangunan Manusia. Negara ini kaya dengan galian seperti emas, berlian, platinum dan arang. Di samping itu, sektor pertaniannya juga maju dan antara tanamannya yang utama ialah tembakau.