Tengku Amalin A’ishah Putri

Tengku Amalin A'ishah Putri
Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri
Tengku Maharani Putri
Tempoh3 Mac 2019 – kini
KeputeraanTengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra
(1984-06-26) 26 Jun 1984
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
PasanganYAM Pengiran Muda Abdul Qawi (k. 2013)
Anakanda
Butiran
1. YM Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Putri
2. YM Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri
3. YM Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri
4. YM Pengiran Anak Tengku Abdul Muhaimin Bolkiah Petra
KerabatLong Yunus
(melalui kelahiran)
Bolkiah
(melalui perkahwinan)
AyahandaSultan Ismail Petra
BondaRaja Perempuan Tengku Anis
AgamaIslam

Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra (diputerakan pada 26 Jun 1984) merupakan Tengku Maharani Putri. Beliau adalah puteri tunggal dan anakanda bongsu kepada Sultan Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Beliau juga merupakan adinda kepada Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad V.