Timurlang

Amir Timur
Patung kepala ukiran Mikhail Mikhaylovich Gerasimov berdasarkan tengkorak tinggalan
Pemerintahan9 April 1370– 14 Februari 1405
Pertabalan9 April 1370, Balkh
Nama penuhShuja-ud-din Timur
Keputeraan9 April 1336
Tempat keputeraanKesh, Khanate Chagatai (kini Uzbekistan)
Mangkat19 Februari 1405 (umur 68)
Tempat mangkatOtrar, Farab, berdekatan Shymkent, Syr Darya (kini Kazakhstan)
DimakamkanGur-e-Amir, Samarkand
PendahuluAmir Hussain
PenggantiKhalil Sultan
PasanganSaray Mulk Khanum
Chulpan Mulk Agha
Aljaz Turkhan Agha
Tukal Khanum
Dil Shad Agha
Touman Agha
seoranh lagi isteri
AnakandaMiran Shah
Shahrukh Mirza
Kerabat dirajaBarlas Timur
AyahandaMuhammad Taraghai
BondaTekina Mohbegim
AgamaIslam

Timurlang (Parsi: تيمور لنگ Temūr(-i) Lang; Templat:Lang-chg Aqsaq Temür, 'Timur yang Tempang'; bahasa Inggeris: Tamerlane), Timūr Gurkānī (Templat:Lang-chg Temür Küregen) atau nama ringkasnya Timur (Templat:Lang-chg Temür 'Besi'; 9 April 1336 – 14 Februari 1405) adalah orang Turki yang terkenal pada abad ke-14 sebagai penakluk dan pemerintah di Asia Tengah, terutamanya sebagai pengasas Empayar Timuriyah di selatan Rusia dan Parsi.

Pemerintahan baginda dilihat banyak menyatupadukan Asia Tengah dengan kuat kepada dunia Islam sehingga ada mendapat pujian dalam penulisan sejarah berpengaruh Ibnu Khaldun; namun baginda amat dibenci di tanah-tanah Arab, Parsi dan India kerana kehancuran dan malapetaka yang menimpa dala penaklukannya terutamanya pemusnahan kota Baghdad dan Damsyik. Pandangan terhadapnya dalam kalangan masyarakat Eropah: ada kerajaan yang melihatnya sebagai suatu sekutu tetapi ada juga yang melihatnya sebagai ancaman kepada Eropah.