Gula
Gula (Jawi: ݢولا; pinjaman Sanskrit: गुल gula, guḍa) atau sakar (pinjaman Arab: سُكَّر, rumi: sukkar) ialah satu istilah bagi sekelas kristal karbohidrat yang boleh dimakan terutamanya sukrosa, laktosa, dan fruktosa dicirikan oleh suatu rasa manis. Dalam konteks pemakanan, gula kebanyakan dirujuk hampir-hampir ekslusif kepada sukrosa, yang utamanya datang dari gula tebu dan gula bit. Gula lain digunakan di dalam industri penyediaan makanan, tetapi biasanya diketahui oleh nama-nama yang lebih spesifik seperti glukosa, fruktosa atau gula buah, air gula jagung fruktosa tinggi, dll. Ia selalunya datang dalam bentuk ketulan kiub (yakni "gula buku" atau "gula potong") atau pernah dahulu sebelum abad ke-19 timbunan keruncut (yakni "gula jantung" kerana pangkalnya yang berbentuk jantung).
Pada masa kini, Brazil mempunyai penghasilan gula per kapita paling banyak. Manusia secara keseluruhannya mengambil berat 24 kg setiap tahun: warga di benua-benua Amerika Utara dan Selatan mengambil lebih 50 kg paling banyak manakala warga benua Afrika hanya mengambil bawah 20 kg gula.