Sukan Asia Tenggara 2001

Sukan Asia Tenggara XXI
Bandar tuan rumahKuala Lumpur, Malaysia
Cogan kataBersama-sama kita melakukan yang terbaik
Penyertaan negara10
Penyertaan atlet4165
Acara391
Upacara pembukaan8 September
Upacara penutupan17 September
Pembukaan dirasmikan olehSultan Salahuddin
Yang di-Pertuan Agong
Pembaca ikrar atletNoraseela Mohd Khalid
Penyala oborDaud Ibrahim
Stadium utamaStadium Nasional Bukit Jalil
Laman sesawangSukan Asia Tenggara 2001
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox games dengan parameter tidak diketahui "sukan"

Sukan Asia Tenggara 2001 (bahasa Inggeris: 2001 Southeast Asian Games), secara rasminya dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara ke-21 (bahasa Inggeris: 21st Southeast Asian Games) merupakan temasya sukan Asia Tenggara yang pernah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Kali ini merupakan kali kelima Malaysia menganjurkan Sukan Asia Tenggara dan juga kali pertamanya sejak 1989. Sebelum ini, Malaysia juga menganjurkan temasya 1965, temasya 1971 dan temasya 1977.

Temasya sukan ini merupakan Sukan Asia Tenggara yang pertama pada abad ke-21, dan temasya yang pertama pada alaf ke-3. Kira-kira 4165 atlet dari 10 negara peserta menyertai temasya sukan tersebut yang menampilkan 391 acara dalam 32 sukan. Temasya sukan ini diadakan dari 8 hingga 17 September 2001, walaupun beberapa acara telah berlangsung dari 1 September 2001. Temasya sukan dibuka oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tuan rumah Malaysia digelar juara keseluruhan mengikut jadual pingat rasmi, diikuti Thailand dan Indonesia dari belakang. Beberapa rekod Asia, temasya dan kebangsaan telah dipecahkan ketika temasya sukan berlangsung. Dengan sedikit atau tanpa kontroversi, temasya sukan tersebut secara umumnya diadakan dengan jayanya dengan peningkatan taraf pertandingan antara negara Asia Tenggara.