Stesen LRT Putra Heights

Putra Heights
Pertukaran lintas platform antara Laluan Sri Petaling dan Kelana Jaya
LokasiStesen Pura Heights, Persiaran Putra Indah, 47650 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat2°59′45″N 101°34′31″E / 2.99583°N 101.57528°E / 2.99583; 101.57528
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan4 Laluan Sri Petaling
5 Laluan Kelana Jaya
Platform3:2 platform sisi dan 1 platform tengah
Trek4
Pengendali kereta api4 5 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia
Sambungan 752, T759, T760, E1
Pembinaan
Jenis struktur4 5 Bertingkat
Templat letak kenderaan452 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
Kod stesen SP31   KJ37 
Sejarah
Dibuka4 5 30 Jun 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya     Stesen berikutnya
Subang Alam
menghala ke Gombak
Laluan Kelana JayaStesen terakhir
Puchong Prima
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri PetalingStesen terakhir
Lokasi

Stesen LRT Putra Heights adalah stesen LRT bagi Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sri Petaling yang terletak di Putra Heights, Selangor, Malaysia. Nama stesen ini diambil sempena pekan berdekatan, pekan Putra Heights. Stesen ini merupakan stesen pertukaran bagi dua laluan LRT RapidKL, iaitu Laluan Sri Petaling dengan Laluan Kelana Jaya. Stesen ini merupakan salah satu daripada dua stesen pertukaran bagi kedua-dua laluan LRT, satu lagi adalah stesen Masjid Jamek.

Stesen ini merupakan sebahagian daripada projek Penyambungan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Sri Petaling dan Laluan Kelana Jaya ke stesen ini daripada Sri Petaling (bagi Laluan Sri Petaling) dan Kelana Jaya (bagi Laluan Kelana Jaya). Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016.